" Dalam benakku lama tertanam sejuta bayangan dirimu"..
Kau hadir dalam hidup aku tanpa aku sedari. Kehadiran kau dalam hidup aku cukup membuatkan hati aku di buai mimpi indah yang mana aku tahu mimpi indah ini cuma sementara cuma. Namun hati aku tidak mampu untuk menidakkan kehadiranmu dalam hidupku. Telah lama ku menyimpan perasaan ini seorang diri, tertalu lama ku pendamkan hasrat hati ini sampaikan saat ini aku tidak mampu lagi untuk terus memendam rasa ini. Ya! rasa ini perlu aku luah untuk aku mendapatkan jawapan yang pasti bukan lagi mimpi. Tapi bagaimana untuk aku meluahkan rasa ini pada dia?? Bagaimana pula reaksi dia nanti?? Adakah aku akan diterima atau akan ditinggal?? Owh!! tidak sanggup aku memikirkan kemungkinan yang akan terjadi nanti..Tapi bagaimana jika dia juga menyukai aku?? hmmmm..suka yg bagaimana itu?? sebagai sahabat?? sebagai adik?? atau lebih dari seorang kawan?? Ya Allah, aku buntu dalam membuat keputusan..Ya Allah tegakah aku merampas hak orang lain demi kepentingan diri aku?? Kejamnya diri ini.. Tidak aku tidak sanggup dianggap dan digelar perampas kerana aku juga seorang wanita yg pasti akan memahami perasaan wanita lain..Tapi andai dia adalah takdir aku mampukah aku untuk menolak takdir itu??Ya Allah apa yg telah aku lakukan??
No comments:
Post a Comment