Assalamualaikum...
Hari nie aku kembali menulis dalam entri nie..Aku ingin menulis tentang aku dan dia (dia tue bt masa nie dirahsiakan)..Aku mula mengenali dia beberapa tahun lepas..Pertama kali aku berjumpa dengan dia hati aku dah rasa semacam dah..Dia semacam ada aura yang boleh membuatkan orang jatuh hati dengan dia tanpa dia sedar atau pun tidak..Selepas pertemuan kali pertama itu, kami selalu juga bertemu tapi atas urusan kerja..Tapi dia tidak pernah mengetahui akan perasaanku pada..Tiada siapapun yang tahu akan perasaan aku pada dia kerana aku sedar diri aku tidak layak untuk bergandingan dengan dia..Lebih kurang setahun selepas itu aku sudah tidak bertemu dengan dia lagi dan aku mula belajar melupai dirinya..Namun adakalanya bayangan wajahnya datang jua menjenguk dalam kamar fikiranku..Aku bingung kenapa mesti aku selalu mengingati dirinya sedangkan aku sangat ingin melupakan dirinya memandangkan dirinya sudah pun berpunya..aku tidak mahu dianggap sebagai perampas kekasih orang..Sungguh aku tidak sanggup..Lama aku amek masa nk lupakan dia...Aku semakin hampir untuk melupakan dia..Tapi kenapa tiba-tiba dia muncul kembali mengimbau kenangan lalu..Ya Allah..Sungguh aku semakin tidak berdaya nk lupakan dia..Aku tidak mampu larikan diri dari dia..Tapi aku juga tidak mampu untuk melukai hati seorang wanita sepertiku..Ya Allah kenapa aku di duga dengan perasaan sebegini..Ya Allah jika dia benar milikku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku redhakanlah hatiku dengan ketentuan-MU..
No comments:
Post a Comment