Total Pageviews

Tuesday, July 17, 2012

Rindu Padanya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sekali lagi aku berkesempatan utk menjenguk diari kesayanganku ini.. Sudah agak lama aku tidak menulis, terasa rindu untuk menulis.. Terlalu banyak yang ingin aku luahkan dalam diari kesyangan aku ini tentang hidup aku terutama tentang cinta..

Cinta..!!!!
Ya cinta banyak merubah diri aku, aku mula mengenal cinta tanggal 14 Mei.. Dulu aku pernah menyintai seseorang dalam diam kerana dia telah pun dimilik. Namun kini aku tidak bertepuk sebelah tangan. Perkenalan yang berputik dari sebuah kursus yang aku anjurkan telah membibitkan perasaan sayang aku padanya. Dia merupakan salah seorang peserta kursus aku, dan dia seorang lelaki yang biasa2 saja, namun mampu membuatkan hati aku terpaut padanya. Dengannya aku kenal cinta walaupun sebelum ini aku pernah bercinta namun aku tidak pernah merasa apa itu cinta. Dengan dia aku rasa bahagia, rasa gembira dan selalu ingin berada di sampingnya. Tempoh perkenalan yang singkat tidak menjadi halangan utk aku mencintainya, namun sering aku tanamkan dalam hati aku jgn terlalu menyayangi dia kerana belum tentu lagi dia untukku. Aku selalu menyimpan perasaan ragu2 aku padanya dan entah kenapa perasaan ragu2 itu sering kali bertandang dalam mindaku bila aku keseorangan. Pertemuan demi pertemuan yang kami aturkan telah menguatkan lagi perasaan sayangku padanya.

Namun panas tidak selalunya berpanjangan, hidup ini tidak akan lari dari dugaan, dia tiba2 menghilangkan diri tanpa berita. Aku cuba menghubungi dia namun semua hampa. Aku bingung, apa salah aku?? kenapa mesti aku diperlakukan sebegini?? betul ke selama ini dia jujur padaku atau itu cuma permainan dia saja?? Pedih, sakit, kecewa itu lah perasaan aku kala itu. Kenapa dia mempermainkan perasaan aku?? kenapa selepas dia janjikan bahagia, namun kecewa yang dia berikan?? Kemudian aku sedar, aku dan aku patut berterima kasih kepadanya sebab dia sudi mengajar aku erti cinta dan bagaimana sakitnya apabila dikecewakan. Ya aku berterima kasih padanya dan aku tidak pernah berdendam dengan cuma dia berhutang satu penjelasan dengan aku. Sering aku didik hati aku dengan mengatakan bahawa dia bukan yang terbaik untuk aku dan dia bukan jodoh aku. Aku patut bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya, Allah mendengar doaku, Allah tidak mahu aku terlalu kecewa sebab itulah dia palingkan hatinya lebih awal agar aku mampu hadapi kekecewaan itu. Aku katakan pada diriku, InsyaAllah akan ada insan yang lebih baik darinya untuk aku nanti. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik untuk aku hambanya.

Kini aku lega, aku kembali keseorangan, namun kadang kala apabila aku kesunyian, ingatan aku padanya akan menjelma.. Sungguh buat masa ini aku tidak mampu untuk menghapus bayangannya dari hatiku sebab dia insan pertama yang membuatkan aku tahu bagaimana rasanya cinta dan kecewa..

 ''Awak terima kasih kerana pernah membahagiakan dan mengecewakan saya.. Tanpa awk saya tidak akan pernah tahu bagaiamana rasanya cinta dan kecewa.''

Friday, December 9, 2011

Kuatkan Hatiku

Bismillahirrahmanirrahin...
Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah, setelah agak lama tidak menjenguk blog nie, akhirnya malam nie sempat juga aku menulis dalam blog nie.. Sebenarnya agak banyak benda yang aku nk luahkan dlm blog nie namun kekangan masa dan masalah sampingan membuatkan niat untuk menulis terpaksa di tangguhkn..
Alhamdulillah aku sudah hampir menamatkn satu semester pengjian ku..Semuanya berjalan lancar dan aku seronok dan bersyukur kerana berpeluang untuk menyambung pengajian dan berpelung untuk berkenalan dgn rakan2 baru dari pelbagai latar belakang..
Sekarang aku tengah sibuk menguruskan 2 seminar yg akan diadakan minggu depan. Semoga Allah permudahkan segalanya. 
Lagi 3 minggu aku akan mula final exam..fuh takut rasanya..macamnyer result aku nanti?? takut..
Tapi insyaAllah aku akan buat yang terbaik..

Last week aku pegi menonton wayng ngan geng sekelas..punyer la excited nk tgk movie kn rela kitaorg redah jam sampai 3 jam..last2 kitaorg dpt tgk movie tu tapi malangnya tmpat duduk kami semuanya berasingan..bayangkan betapa sedihnya perasaan kitaorg..dtg jauh2 sbb nk tgk sama2 alih2 kena duduk asing2..ishhhhhhh mmg geram la..nasib baik datang dari jauh...kalau x mmg xtgk la citer tuh..huhuhu
tapi mmg best citer tuh..kira berbaloi la redah jam n kena tgk duduk asing dengn kekawang..hehehe

K la aku pun dah ngantuk, keja sekolah xsiap lagi..huhuhu..xpe esok ada lagi boleh buat..hehehe...nt kalau ada masa aku akan sentiasa update blog merangkap diari kesayangan aku nie..
Gud nite utk diri sendiri..huhuhu...

Sunday, October 9, 2011

Adolf Hitler

Malam nie entah merupakan malam yg ke berapa aku stay back untuk cari maklumat pasal adolf hitler.. Pening sudah kepala aku mencari maklumat yg diperlukan. Kenapa susah sgt nk cari maklumat pasal hitler ek?? lebih2 lagi dalam bahasa melayu. Benda nie dah la nk kena submit pada senin nie. Sempat ke aku siapkan dengan bahan2 yg xcukup lagi.?? Hmmmmmm hitler nie mmg betul2 buat aku stress la. kadang2 rasa give up pun ada gak..dulu masa keja gedik jer nk smbg belajar.. skrg bila dah ada peluang smbg belajar gedik lak nk keja balik..mudah sgt nk give up..cuba la buat yg terbaik..cuba tebus result degree dulu.. buat yg terbaik.. u can do it Ina..thinks positive..ok..aja-aja fighting...chaiyokkkkkkkk......

Tuesday, October 4, 2011

Nice- Metafora

Sebuah lagu nasyid yang aku sgt suke..Menceritakan tentang seorang sahabat yang mengkianati sahabatnya yang banyak membantunya selama ini..

Sabarlah Duhai hati

Bismillahirahmanirrahim....... Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..Segala pujian dipanjatkan ke hadrat ilahi..Alhamdulillah aku masih di berikan kesihatan yang baik dan masih boleh meneruskan penulisan blog ku ini..Terima kasih juga kepada Allah kerana menyedarkan aku dari terus terbuai oleh mimpi dunia..Ya aku telah hanyut dalam urusan duniawi sehingga lupa akan akhirat..Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.. Malam nie Allah telah menyelamatkan aku dari mimpi tersebut..Ye aku sedih kerana terpaksa bangun dari tido ini, tapi aku juga bersyukur kerana aku tidak perlu untuk terus bermimpi. Malam nie aku aku telah dilemparkan kata2 penghinaan yg cukup untuk buat aku teruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lg..Penghinaan yg cukup menyakitkan hati. Tapi aku tidak akan menyimpan dendam walau sebesar zarah pun kerana bagiku tiada guna utk aku berdendam jika ia akan jadi racun dalam diriku. Cuma aku tidak mampu untuk berpaling dan berjalan kearahnya kerana luka itu walaupun sembuh tp kesan calarnya masih lagi berparut. Ya Allah kau ampunkan dosa2nya Ya Allah. Mungkin di situ ada salahku juga tapi salah ke aku mengelak untuk terus bermimpi lebih jauh. Aku bukan lah org yg baik2 tapi aku tidak sanggup utk mengkianati sesiapa yg bakal menjadi suamiku. Aku ingin menjadi seorg isteri untuk suami sahaja..salah ke aku?? Kenapa org sering kali salah membuat tafsiran apabila ada yg menasihati ke arah keabaikan?? kenapa mesti dihina, disindir, di keji dan di patahkan semangat org yg ingin memberikan nasihat kearah kebaikan?? Ya Allah bantulah aku. Padamu aku memohon, kuatkanlah hatiku, teguhkanlah iman ku.. Ternyata dia bukanlah yg terbaik utk diriku..akan ada yg lebih baik utk diriku..Aku percaya ada hikmah semua ini berlaku..ye serahkan semua nya pada takdir Allah.. Sesungguhnya takdirr Allah telah merencana yg terbaik utk kita..yang perlu kita buat ialah redha dengan takdir Allah dan itulah yg telah dan akan aku buat..Aku tidak perlu menangis utk kata2 penghinaan tersebut kerana jika aku menangis itu menunjukkan aku seorang yg lemah. Aku perlu kuat, supaya aku tidak jatuh dan akan aku tunjukkan pada dia bahawa aku bukanlah wanita yg lemah.. Kata2 penghinaan itu akan aku pegang sebagai kata2 semangat dan mungkin suatu hari nt aku akan berterima kasih kepadanya kerana melemparkan kata2 penghinaan tersebut. Semoga Allah memberikan aku jalan untuk aku terus melangkah meneruskan perjuangan ku hingga ke penghujungnya..Amin.

Sunday, September 25, 2011

it just hard when we're not sure...it feels hurt...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sudah lama aku tidak menjenguk laman blog ku ini.. Tetiba keinginan untuk menulis blog hadir bersama-sama dengan idea untuk menulis. Terlalu byk perkara yg ingin aku luahkan dalam blog ku ini tapi aku tidak tau dari mana patut aku mulakan..

Baiklah aku akan mulakan dengan menceritakan tentang kisahku. Alhamdulillah permohonan aku untuk menyambung pelajaran telah pun di terima dan kelas pengajian aku telah pun bermula. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar setakat ini. Pertama kali aku pergi mendaftarkan diri aku rasa mcm tidak percaya yg aku telah pun bergelar pelajar kembali, namun itu lah realitinya, dan realiti ini aku harus hadapi sampai tahun depan. Fuh kadang-kala ada terfikir juga dalam benakku untuk undur diri, tapi akalku melarang. Pantang menyerah sebelum berjuang.

Aku merupakan seorang yang kurang keyakinan diri. Aku mmg xde keyakinan utk keluar depan khalayak. Aku juga lemah dalam english, so ini menambahkan lagi rasa kurang yakin dalam diri aku. Aku masih lg tidak jumpa kunci untuk aku berani dan yakin untuk berdepan depan dengan khalayak.

Aku rasakan aku punya byk masalah dalam diriku. Masalah dengan diri sendiri, masalah dengan hati dan perasaan, masalah pelajaran dan masalah dengan kerja. Masalah dengan perasaan adalah yang paling aku tidak suka. Kenapa aku harus merasakan ini semua. Yea soal hati sgt susah untk di terjemahkan dengan kata2. Kenapa aku mesti di letakkan dalam situasi sebegini, aku keliru dengan hati dan perasaan aku sendiri. Aku suka dia ke tak?? Kenapa aku sering teringat akan dia?? kenapa aku rasakan aku inginkan dia tapi dalam masa yg sama aku tak suka dia sbb dia hak org lain. Tapi aku sering ternanti-nantikan dia. Sungguh rumit perasaan ini. Setiap kali aku memikirkan tentang dia, hatiku sering berdebar-debar. Setiap kali memikirkan masa kepulangan makin hampir, makin aku tidak tentu arah. Kenapa aku berperasaan begini?? Dia suka memberi motivasi utk aku. Memberikan semangat kepadaku?? Kadang-kadang aku terfikir siapa aku pada dia?? Apa maksud layanannya kepadaku selama ini?? Ya Allah berilah petunjuk kepadaku,.

Aku juga punya seorang lagi kenalan yg menganggap aku sebagai seorang yg istimewa bg dirinya. Tapi aku tidak pernah mengenalinya secara lebih dekat malah tidak pernah berjumpa dengannya walau sekalipun. Tapi hati aku seolah-olah keliru dengan perasaan ini. Sebab aku sndiri tidak pasti akan perasaan aku terhadap dirinya, aku takut untuk bermain dengan perasaan sebab aku takut untuk melukakan hati insan lain. Terlalu susah rasanya untuk aku membuat keputusan bila hati aku sendiri ragu-ragu dengan keputusan ku ini. InsyaAllah aku tidak akan mengalah pada perasaan ku selagi aku belum bergelar "yang halal" pada seseorang. Aku ingin sekali menjaga kesucian hatiku ini. Biarlah aku serahkan jiwa, raga, hati dan perasaanku kepada yang bergelar suami ku kelak. Itu nekadku.

Sunday, September 18, 2011

Usah cepat mengalah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari nie aku berkesempatan untuk menulis dalam entri nie..sudah agak lama aku tidak menjenguk blog merangkap diari kesayangan aku nie..heheheh..

Ermmmmmm....apa aku nk tulis ek malam nie????

Ok biar aku ceritakan tentang diri aku selepas bergelar seorang pelajar master..Sebenarnya aku pun tidak tahu keputusan aku untuk smbg belajar nie betul ke x..aku rasa macam tak percaya jer..Sesekali timbul gak perasaan menyesal buat keputusan smbg belajar, tapi bila fikir balik org lain boleh buat kenapa aku tidak boleh?? Ntah la..perasaan aku berbelah bagi..macam2 perkara aku kena pikir..banyak benda aku kena buat..tapi itu lah namanya kehidupan kan..kalau semuanya senang xbest la pulak hidup nie kan.. Tapi bila pikirkan pasal kerja rumah yg byk sgt aku rasa mcm stress..mcm nk quit jer..tapi aku pikirkan  family aku..Aku xleh cepat putus asa..Aku kena buktikan aku juga boleh..tapi betul ke aku boleh?? YA Allah padaMu aku berserah..Aku nie seorang yang tidak mempunyai keyakinan dalam diri..Satu jer sbb kenapa aku tidak berkeyakinan dgn diri aku, kerana aku tidak fasil berbahasa Inggeris dan aku akan nampak sgt bodoh jika aku untuk berbahasa Inggeris..Aku cuba perbaikinya tapi aku masih tidak mampu dan tidak berjaya. Aku belum jumpa kunci yg aku cari selama ini..Sungguh aku takut berhadapan dgn org..Aku malu..Aku gugup..Ya Allah bntulah aku.. Semoga aku akan jadi insan yang lebih berkeyakinan selepas ini..
AMIN..