Total Pageviews

Monday, March 21, 2011

ungu - kekasih gelapku

LINDA NANUWIL-JIKA KAU KEKASIH

Kisah kita

" Dalam benakku lama tertanam sejuta bayangan dirimu"..

Kau hadir dalam hidup aku tanpa aku sedari. Kehadiran kau dalam hidup aku cukup membuatkan hati aku di buai mimpi indah yang mana aku tahu mimpi indah ini cuma sementara cuma. Namun hati aku tidak mampu untuk menidakkan kehadiranmu dalam hidupku. Telah lama ku menyimpan perasaan ini seorang diri, tertalu lama ku pendamkan hasrat hati ini sampaikan saat ini aku tidak mampu lagi untuk terus memendam rasa ini. Ya! rasa ini perlu aku luah untuk aku mendapatkan jawapan yang pasti bukan lagi mimpi. Tapi bagaimana untuk aku meluahkan rasa ini pada dia?? Bagaimana pula reaksi dia nanti?? Adakah aku akan diterima atau akan ditinggal?? Owh!! tidak sanggup aku memikirkan kemungkinan yang akan terjadi nanti..Tapi bagaimana jika dia juga menyukai aku?? hmmmm..suka yg bagaimana itu?? sebagai sahabat?? sebagai adik?? atau lebih dari seorang kawan?? Ya Allah, aku buntu dalam membuat keputusan..Ya Allah tegakah aku merampas hak orang lain demi kepentingan diri aku?? Kejamnya diri ini.. Tidak aku tidak sanggup dianggap dan digelar perampas kerana aku juga seorang wanita yg pasti akan memahami perasaan wanita lain..Tapi andai dia adalah takdir aku mampukah aku untuk menolak takdir itu??Ya Allah apa yg telah aku lakukan??

Ya Allah  permudahkanlah urusan ku ini. Berilah aku petunjukkan agar aku mampu membuat keputusan dengan tepat..Aku ingin melupakan kau. Tapi aku masih tidak kuat untuk melawan perasaan ku ini. Hati ku terlalu inginkan diri kau dalam hidup aku..Ya Allah sampai bila aku harus pendamkan perasaan ini daripadanya dan sampai bila aku harus begini??? Ya Allah aku mohon padamu..palingkanlah perasaanku ini pada org benar-benar ikhlas menyanyangi diriku..Insan yg mencintaiku hanya keranaMU Ya Allah kerana aku juga ingin merasai nikmatnya mencintai dirinya keranaMU. Alngkah bermaknanya hidup aku jika aku dikurniakan insan yg mencintai aku ikhlas keranaMU kerana cintanya itu akan membawa kami ke Syurga..Ya Allah kurniakanlah aku suami yg dan anak-anak yang soleh yg akan terus meyebarkan agamaMu di atas dunia ini..Amin..

Thursday, March 17, 2011

ANDAI LA AWAK TAU.. HUHUHUHU

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Wednesday, March 16, 2011

Aku dan Dia

Assalamualaikum...
Hari nie aku kembali menulis dalam entri nie..Aku ingin menulis tentang aku dan dia (dia tue bt masa nie dirahsiakan)..Aku mula mengenali dia beberapa tahun lepas..Pertama kali aku berjumpa dengan dia hati aku dah rasa semacam dah..Dia semacam ada aura yang boleh membuatkan orang jatuh hati dengan dia tanpa dia sedar atau pun tidak..Selepas pertemuan kali pertama itu, kami selalu juga bertemu tapi atas urusan kerja..Tapi dia tidak pernah mengetahui akan perasaanku pada..Tiada siapapun yang tahu akan perasaan aku pada dia kerana aku sedar diri aku tidak layak untuk bergandingan dengan dia..Lebih kurang setahun selepas itu aku sudah tidak bertemu dengan dia lagi dan aku mula belajar melupai dirinya..Namun adakalanya bayangan wajahnya datang jua menjenguk dalam kamar fikiranku..Aku bingung kenapa mesti aku selalu mengingati dirinya sedangkan aku sangat ingin melupakan dirinya memandangkan dirinya sudah pun berpunya..aku tidak mahu dianggap sebagai perampas kekasih orang..Sungguh aku tidak sanggup..Lama aku amek masa nk lupakan dia...Aku semakin hampir untuk melupakan dia..Tapi kenapa tiba-tiba dia muncul kembali mengimbau kenangan lalu..Ya Allah..Sungguh aku semakin tidak berdaya nk lupakan dia..Aku tidak mampu larikan diri dari dia..Tapi aku juga tidak mampu untuk melukai hati seorang wanita sepertiku..Ya Allah kenapa aku di duga dengan perasaan sebegini..Ya Allah jika dia benar milikku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku redhakanlah hatiku dengan ketentuan-MU..

Thursday, March 10, 2011

Tiada Duka Yang Abadi..

Dalam hidup nie kita tidak boleh lari dari masalah..Masalah akan sentiasa ada..Cuma kita yang perlu bijak untuk menangani masalah tersebut..Hidup kita umpama satu masakan di mana masalah merupakan perencah untuk menyedapkan lagi masakan kita..Tanpa masalah  hidup kita akan tawar..Kadang-kadang masalah yang datang tu mampu mendewasakan kita..membuka mata hati kita untuk kembali muhasabah diri kita..Ya manusia kadang kala lupa untuk bersyukur, lupa pada pencipta, tetapi bila kita di beri musibah baru lah kita sedar untuk kembali kepada Yang Maha Esa..Tentu kita sering mendengar kata-kata ini " Kadang-kala Allah sembunyikan matahari, Dia turunkan hujan disertakan kilat dan petir..kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak Hadiahkan kita Pelangi yang Indah" begitu lah juga dalam kehidupan kita..Masalah atau musibah yang Allah berikan kepada kita itu merupakan tanda Allah  SAYANGkan kita..Allah nk bagi kita peluang utk kita memperbaiki diri kita..Kita merupakan hambanya yang terpilih..kita harus positif dengan musibah yg menimpa..Saya juga tidak pernah terlepas dari masalah..hari-hari sy akan berhadapan dengan masalah sampai pernah terfikir dalam benak saya alangkah bagusnya kalau sy hilang ingatan then sy xkan ingt masalah yang sy hadapi sekarang nie.tp tetiba sy tersedar walaupun sy hilang ingtan sy tetap akan ada masalah di mana sy akan berusaha untuk kembalikan ingatan sy tu..Jadi dari situ la sy sedar kita mmg xboleh nk lari dari masalah..berat mana pun masalah tu kita kena hadapi juga..Kita juga kena ingat kita bukan bersendirian..Allah sentiasa ada bersama kita..Allah tidak pernah berpaling daripada kita walaupun kita sering berpaling daripadaNya..Kasih Sayang Allah akan sentiasa ada bersama-sama dengan kita..
~~..Tiada Duka Yang Abadi..~~

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti

Takdir hidup ‘kan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi

Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

RAPUH

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Wednesday, March 9, 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana memberi kesempatan dan ilham kepada sy untuk mewujudkan blog sy sendiri..rasa macam xpercaya plak sy ada blog sendiri..hehehehe..Apapun terima kasih yg teramat sgt kepada kawan2 sy yg sudi memberikan sokongan kepada sy supaya sy mewujudkan blog sy sendiri..Thank you so much Friends..