Malam nie entah merupakan malam yg ke berapa aku stay back untuk cari maklumat pasal adolf hitler.. Pening sudah kepala aku mencari maklumat yg diperlukan. Kenapa susah sgt nk cari maklumat pasal hitler ek?? lebih2 lagi dalam bahasa melayu. Benda nie dah la nk kena submit pada senin nie. Sempat ke aku siapkan dengan bahan2 yg xcukup lagi.?? Hmmmmmm hitler nie mmg betul2 buat aku stress la. kadang2 rasa give up pun ada gak..dulu masa keja gedik jer nk smbg belajar.. skrg bila dah ada peluang smbg belajar gedik lak nk keja balik..mudah sgt nk give up..cuba la buat yg terbaik..cuba tebus result degree dulu.. buat yg terbaik.. u can do it Ina..thinks positive..ok..aja-aja fighting...chaiyokkkkkkkk......
Total Pageviews
Sunday, October 9, 2011
Tuesday, October 4, 2011
Nice- Metafora
Sabarlah Duhai hati
Bismillahirahmanirrahim.......
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..Segala pujian dipanjatkan ke hadrat ilahi..Alhamdulillah aku masih di berikan kesihatan yang baik dan masih boleh meneruskan penulisan blog ku ini..Terima kasih juga kepada Allah kerana menyedarkan aku dari terus terbuai oleh mimpi dunia..Ya aku telah hanyut dalam urusan duniawi sehingga lupa akan akhirat..Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.. Malam nie Allah telah menyelamatkan aku dari mimpi tersebut..Ye aku sedih kerana terpaksa bangun dari tido ini, tapi aku juga bersyukur kerana aku tidak perlu untuk terus bermimpi.
Malam nie aku aku telah dilemparkan kata2 penghinaan yg cukup untuk buat aku teruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lg..Penghinaan yg cukup menyakitkan hati. Tapi aku tidak akan menyimpan dendam walau sebesar zarah pun kerana bagiku tiada guna utk aku berdendam jika ia akan jadi racun dalam diriku. Cuma aku tidak mampu untuk berpaling dan berjalan kearahnya kerana luka itu walaupun sembuh tp kesan calarnya masih lagi berparut. Ya Allah kau ampunkan dosa2nya Ya Allah. Mungkin di situ ada salahku juga tapi salah ke aku mengelak untuk terus bermimpi lebih jauh. Aku bukan lah org yg baik2 tapi aku tidak sanggup utk mengkianati sesiapa yg bakal menjadi suamiku. Aku ingin menjadi seorg isteri untuk suami sahaja..salah ke aku?? Kenapa org sering kali salah membuat tafsiran apabila ada yg menasihati ke arah keabaikan?? kenapa mesti dihina, disindir, di keji dan di patahkan semangat org yg ingin memberikan nasihat kearah kebaikan?? Ya Allah bantulah aku. Padamu aku memohon, kuatkanlah hatiku, teguhkanlah iman ku.. Ternyata dia bukanlah yg terbaik utk diriku..akan ada yg lebih baik utk diriku..Aku percaya ada hikmah semua ini berlaku..ye serahkan semua nya pada takdir Allah.. Sesungguhnya takdirr Allah telah merencana yg terbaik utk kita..yang perlu kita buat ialah redha dengan takdir Allah dan itulah yg telah dan akan aku buat..Aku tidak perlu menangis utk kata2 penghinaan tersebut kerana jika aku menangis itu menunjukkan aku seorang yg lemah. Aku perlu kuat, supaya aku tidak jatuh dan akan aku tunjukkan pada dia bahawa aku bukanlah wanita yg lemah.. Kata2 penghinaan itu akan aku pegang sebagai kata2 semangat dan mungkin suatu hari nt aku akan berterima kasih kepadanya kerana melemparkan kata2 penghinaan tersebut. Semoga Allah memberikan aku jalan untuk aku terus melangkah meneruskan perjuangan ku hingga ke penghujungnya..Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)