Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, sudah lama aku tidak menjenguk laman blog ku ini.. Tetiba keinginan untuk menulis blog hadir bersama-sama dengan idea untuk menulis. Terlalu byk perkara yg ingin aku luahkan dalam blog ku ini tapi aku tidak tau dari mana patut aku mulakan..
Baiklah aku akan mulakan dengan menceritakan tentang kisahku. Alhamdulillah permohonan aku untuk menyambung pelajaran telah pun di terima dan kelas pengajian aku telah pun bermula. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar setakat ini. Pertama kali aku pergi mendaftarkan diri aku rasa mcm tidak percaya yg aku telah pun bergelar pelajar kembali, namun itu lah realitinya, dan realiti ini aku harus hadapi sampai tahun depan. Fuh kadang-kala ada terfikir juga dalam benakku untuk undur diri, tapi akalku melarang. Pantang menyerah sebelum berjuang.
Aku merupakan seorang yang kurang keyakinan diri. Aku mmg xde keyakinan utk keluar depan khalayak. Aku juga lemah dalam english, so ini menambahkan lagi rasa kurang yakin dalam diri aku. Aku masih lg tidak jumpa kunci untuk aku berani dan yakin untuk berdepan depan dengan khalayak.
Aku rasakan aku punya byk masalah dalam diriku. Masalah dengan diri sendiri, masalah dengan hati dan perasaan, masalah pelajaran dan masalah dengan kerja. Masalah dengan perasaan adalah yang paling aku tidak suka. Kenapa aku harus merasakan ini semua. Yea soal hati sgt susah untk di terjemahkan dengan kata2. Kenapa aku mesti di letakkan dalam situasi sebegini, aku keliru dengan hati dan perasaan aku sendiri. Aku suka dia ke tak?? Kenapa aku sering teringat akan dia?? kenapa aku rasakan aku inginkan dia tapi dalam masa yg sama aku tak suka dia sbb dia hak org lain. Tapi aku sering ternanti-nantikan dia. Sungguh rumit perasaan ini. Setiap kali aku memikirkan tentang dia, hatiku sering berdebar-debar. Setiap kali memikirkan masa kepulangan makin hampir, makin aku tidak tentu arah. Kenapa aku berperasaan begini?? Dia suka memberi motivasi utk aku. Memberikan semangat kepadaku?? Kadang-kadang aku terfikir siapa aku pada dia?? Apa maksud layanannya kepadaku selama ini?? Ya Allah berilah petunjuk kepadaku,.
Aku juga punya seorang lagi kenalan yg menganggap aku sebagai seorang yg istimewa bg dirinya. Tapi aku tidak pernah mengenalinya secara lebih dekat malah tidak pernah berjumpa dengannya walau sekalipun. Tapi hati aku seolah-olah keliru dengan perasaan ini. Sebab aku sndiri tidak pasti akan perasaan aku terhadap dirinya, aku takut untuk bermain dengan perasaan sebab aku takut untuk melukakan hati insan lain. Terlalu susah rasanya untuk aku membuat keputusan bila hati aku sendiri ragu-ragu dengan keputusan ku ini. InsyaAllah aku tidak akan mengalah pada perasaan ku selagi aku belum bergelar "yang halal" pada seseorang. Aku ingin sekali menjaga kesucian hatiku ini. Biarlah aku serahkan jiwa, raga, hati dan perasaanku kepada yang bergelar suami ku kelak. Itu nekadku.
Total Pageviews
Sunday, September 25, 2011
Sunday, September 18, 2011
Usah cepat mengalah..
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, hari nie aku berkesempatan untuk menulis dalam entri nie..sudah agak lama aku tidak menjenguk blog merangkap diari kesayangan aku nie..heheheh..
Ermmmmmm....apa aku nk tulis ek malam nie????
Ok biar aku ceritakan tentang diri aku selepas bergelar seorang pelajar master..Sebenarnya aku pun tidak tahu keputusan aku untuk smbg belajar nie betul ke x..aku rasa macam tak percaya jer..Sesekali timbul gak perasaan menyesal buat keputusan smbg belajar, tapi bila fikir balik org lain boleh buat kenapa aku tidak boleh?? Ntah la..perasaan aku berbelah bagi..macam2 perkara aku kena pikir..banyak benda aku kena buat..tapi itu lah namanya kehidupan kan..kalau semuanya senang xbest la pulak hidup nie kan.. Tapi bila pikirkan pasal kerja rumah yg byk sgt aku rasa mcm stress..mcm nk quit jer..tapi aku pikirkan family aku..Aku xleh cepat putus asa..Aku kena buktikan aku juga boleh..tapi betul ke aku boleh?? YA Allah padaMu aku berserah..Aku nie seorang yang tidak mempunyai keyakinan dalam diri..Satu jer sbb kenapa aku tidak berkeyakinan dgn diri aku, kerana aku tidak fasil berbahasa Inggeris dan aku akan nampak sgt bodoh jika aku untuk berbahasa Inggeris..Aku cuba perbaikinya tapi aku masih tidak mampu dan tidak berjaya. Aku belum jumpa kunci yg aku cari selama ini..Sungguh aku takut berhadapan dgn org..Aku malu..Aku gugup..Ya Allah bntulah aku.. Semoga aku akan jadi insan yang lebih berkeyakinan selepas ini..
AMIN..

Subscribe to:
Posts (Atom)